Friday, 27 November 2015

HAK-HAK ORANG KURANG UPAYA (OKU)

Orang Kurang Upaya (OKU) didefinasikan sebagai seseorang yang mempunyai ketidakupayaan jangka masa panjang dari segi fizikal,mental,intelektual atau pancaindera apabila berhadapan dengan pelbagai halangan mungkin tidak dapat melibatkan diri sepenuhnya dan secara efektif dalam masyarakat.

HAK-HAK ORANG KURANG UPAYA (OKU)

-Akta orang kurang upaya 2008 mengiktiraf hak-hak OKU supaya menikmati faedah pendidikan,pengankutan awam,pekerjaan dan penjagaan kesihatan. Contohnya terdapat undang-undang kecil untuk mewajibkan bangunan baru menyediakan akses bagi orng kurang upaya seperti di bangunan kerajaan dan tempat awam.

-Persatuan akaun bertauliah (ACCA) juga mengariskan beberapa peraturan dan panduan sedia ada yang menjamin hak dan kebajikan OKU, antara peraturanya ialah:-

  • Akta Jualan Cukai 1972 - Kerajaan telah memberi pengecualian cukai jualan keatas peralatan sokongan,yang diklasifikasikan sebagai peralatan, perubatan atau pendidikan. Melalui pengecualian cukai jualan ini peralatan yang mereka perlukan lebih murah dan senang diperolehi.
  • Akta Harta Pusaka (Peruntukan keluarga 1971) -  Akta ini bertujuan melindungi hak kanak-kanak kurang upaya seandainya ibubapa mereka meninggal dunia. Akta ini juga, menjelaskan bahawa simati tidak menyediakan biayaan penjagaan yang mencukupi untuk mereka yang bergantung kepada ibubapa ini,mereka ada hak untuk memohon supaya peruntukan itu dibahagikan berlainan daripada apa yang ternyata dalam wasiat.
  • Akta wanita berkahwin dan kanak-kanak,1950 (pindaan 1981)- Dibawah akta isteri mempunyai hak untuk menuntut biaya penjagaan daripada suami sebelum perbicaraan penceraian di makamah diadakan. Jika simati mengalami ketidakupayaan daripada segi mental atau fizikal, mahkamah akan juga mempertimbangkan keadaanya apabila mengeluarkan perintah penjagaan. Jika si ayah gagal menyediakan biaya perbelanjaan untuk kanak-kanak kurang upaya, mereka akan membuat permohonan kepada mahkamah untuk mendapatkan perintah memaksa si ayah membayar elaun bualanan mereka.
- Pendidikan 
  • Mereka diberi pengecualian bayaran pendaftaran kemasukan pelajar kurang upaya pendengaran yang mengikuti latihan kemahiran di institusi pengajian dibawah kelolaan kementerian pelajaran. 
  • Mereka juga menerima ealun sebanyak RM150 sebulan bagi pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah dibawah jabatan pendidikan khas.
-Pengecualian Cukai Jualan
  •  (JPJ) juga menyediakan kemudahan pengecualian cukai jalan bagi orang kurang upaya fizikal yang menggunakan kenderaan kereta,van dan motosikal buatan tempatan mulai tahun 2004.
  • Keretapi Tanah Melayu Berhad,(KTMB) dan Malaysia Airlines Sdn. Bhd.(MAS) juga menyediakan 50% diskaun tiket bagi setiap perjalanan .
Antara kemudahan yang disediakan :-




 * Untuk menikmati faedah , mereka perlu berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKKM).

 * untuk lebih detail anda boleh view link dibawah:-

                                                http://www.jkm.gov.my/



2 comments:

  1. O.K.U
    Orang kurang upaya.

    Dalam bahasa di Malaysia hari ini, O.K.U mula dikenali dengan istilah Orang Kelainan Upaya.

    Upaya mereka berlainan dengab manusia normal yang lain.

    Sungguhpun begitu, mereka mendapat dan dijamin dengan keistimewaan dan bantuan khas dari kerajaan kepada golongon seumpama mereka.

    Berbalik kepada penciptaan fizikal, ya betul mereka cacat atau kurang dari mana-mana bahagian manusia noemal yang lain, tetapi mereka juga adalah seorang manusia yang mempunyai hak dari manusia yang normal seperti kita.

    Allah ciptakan sebegitu rupa ada hikmahnya. Allah ciptakan sesuatu itu tidak sia-sia.

    Sebagai contoh orang buta. Ramai orang buta hari ini adalah Hafiz Al-Quran (Hafal seluruh isi Al-Quran). Ianya menjadi suatu tamparan hebat kepada manusia yang celik.

    Oleh yang demikian, Hak terhadap OKU ini sangatlah wajar dan mulia diaplikasikan dalam dunia hari ini.


    Amirul Ismail
    GB02522

    Sila layari dan mohon tunjuk ajar di blog saya di pautan:

    https://dopulohempat.wordpress.com/

    ReplyDelete
  2. Tahniah saudara kerana prihatin dengan golongan OKU ini. Walaupun mereka ini tidak memiliki sifat atau fizikal yang sempurna tetapi mereka mempunyai hati,semangat untuk berjaya seperti manusia normal yang lain. Layanan dan hak mereka harus diberi sama rata. Telah banyak kejayaan yang diperolehi mereka ini dan ada diantaranya telah beroleh kejayaan seperti Tuan Atan yang telah berjaya menjadi seorang Peguam dengan membuka pejabat firma guaman di Kuala Lumpur dan melaka, Malahan Tuan Atan telah dianugerahkan Tokoh OKU Melaka 2009

    ReplyDelete